Thread ni khas untuk Anda Yang Ingin Uruskan Hutang dan Wujudkan Simpanan dari Gaji Bulanan Anda
#kewangan
#kewangan
TIPS PENGURUSAN KEWANGAN - CARA PALING BERKESAN URUSKAN HUTANG DAN WUJUDKAN SIMPANAN
"Bajet Kewangan" adalah cara yang orang selalu gunakan untuk kawal dalam perbelanjaan.
Adanya Bajet Kewangan Anda boleh track duit anda masuk dan keluar. Buat bajet so anda mudah tengok duit yang anda boleh belanja dan berapa banyak yang anda dah simpan.
Kalau anda pernah buat teknik ni anda mesti pernah try macam macam cara nak simpan duit, " simpan duit hijau lah ", " teknik snowball lah " dan lain lain.
Buat bajet untuk PASTIKAN INCOME ANDA BOLEH COVER EXPENSES DAN SAVING ANDA. Andai kata lah semua cara anda dah try, ni salah satu cara ' Bajet Kewangan ' yang mungkin membantu.
'PENURUNAN BAJET'
Teknik penurunan bajet ni anda kena follow satu rule. Turunkankan nilai jenis perbelanjaan yang buatkan jumlah perbelanjaan bawah daripada pendapatan. Bila buat bajet Anda perlukan Disiplin. Boleh ? 2 perkara kena ingat.
1. Anda wajib tahu dan list kan bajet anda dan jenis perbelanjaan bulanan anda.
2. Gabungkan pemahaman anda tentang bajet anda dengan disiplin yang " gila-gila " untuk pastikan jenis perbelanjaan yang anda kurangkan berterusan.
Pening? OK macam ni.. List dekat bawah ni adalah contoh Jenis Perbelanjaan anda.
BarangRumah (RM400) + Makan Luar (RM400) Duit Parent (RM250) + Minyak (RM250) + Parking (RM200) + Perlindungan Takaful (RM350) + Utiliti Biasa (RM800) + Hiburan (RM350)
JUMLAH - RM3,000
JUMLAH - RM3,000
Let say lah pendapatan bulanan anda adalah RM 3200 maksudnya anda hampir belanjakan hampir kesemua pendapatan anda. Anda nampak baki anda hanya tinggal RM 200 untuk simpanan.
So anda boleh buang mana yang paling tak penting dan kurangkan mana yang boleh. Anda boleh kaji semula satu persatu jenis perbelanjaan anda dan kurangkan nilai perbelanjaan anda. Contoh mudah anda lihat sendiri makan luar dah ambik nilai RM 400 sebulan. Anda boleh kurangkan ke RM 200.
Anda kena sesuaikan ikut diri anda.(yang ni penting). Anda boleh kurangkan nilai perbelanjaan mengikut jenis perbelanjaan anda dari masa ke semasa. Contoh lepas 3 bulan anda kurangkan pula anda kurangkan dari nilai utiliti.
Sebab kadang kadang ramai yang gunakan plan Telco yang terlebih bayar. Anda hanya perlu rajin untuk kaji nilai sebenar yang anda perlukan. Tapi penurunan bajet ni sesuaikan lah dengan diri anda. Setiap orang lain lain.
Benda penting yang anda perlu ingat, anda kena disiplin selepas membuat keputusan.
UNTUK SIAPA BENDA NI?
Bajet penting untuk orang yang :
- Tak pernah tahu duit masuk keluar
- Mempunyai hutang/pinjaman (peribadi/kredit kad/student loan)
- Mempunyai komitmen bulanan ( Takaful Insurans / Financing rumah/kereta)
- Ada plan nak beli rumah atau kereta atau pergi haji
- Ada plan nak invest dekat Hartanah/Saham/ASB-i/UnitTrust
Dari contoh bajet perbelanjaan tadi, kalau anda jimatkan RM 200 dari Makan Luar dan Utiliti sebanyak RM 100. Anda tambahkan dengan lebihan RM 200 yang mana jumlah lebihan yang ada adalah RM 500
Kalau Anda takda Hutang, Anda boleh buat duit ni untuk simpanan atau pelaburan.
Kita ambik contoh andai kata Anda ada hutang sebanyak RM10 000 untuk kredit kad / student loan.
Ni contoh simple..
Ni contoh simple..
TANPA PENGURANGAN BAJET
- JUMLAH HUTANG ------>> (RM 5000)
- DUIT LEBIHAN ------>> (RM 200)
- TEMPOH SELESAI BAYAR ------>> (50 BULAN / 4.2 TAHUN)
SELEPAS PENGURANGAN BAJET
- JUMLAH HUTANG ------>> (RM 10 000)
- DUIT LEBIHAN ------>> (RM 500)
- TEMPOH SELESAI BAYAR ------>> (20 BULAN / 1.8 TAHUN)
Tanpa anda kurangkan bajet anda, anda ambil masa yang lebih lama untuk selesaikan hutang yang anda miliki.
Satu lagi, dalam contoh yang anda lihat tadi adalah untuk calculation yang mudah tanpa kira faedah
Realitinya hutang mempunyai faedah. Kalau hutang kad kredit faedah tinggi kalau Anda lambat bayar. Anda sebenarnya jimat gila andai kata anda bayar jumlah yang lebih tinggi untuk bulanan Anda
APA LAGI YANG BOLEH KURANGKAN/BUANG ??
Anda boleh adjust bajet anda mengikut persekitaran anda. Benda ni sebenarnya anda sendiri kena tingkatkan awareness dalam kehidupan anda. Contoh, anda sedar kewujudan Uber/Grab, anda boleh ambik kesempatan dengan kurangkan bajet anda untuk minyak/parking.
Anda juga boleh kurangkan secara bergilir. Apaapa pun tengok diri sendiri. Anda tahu yang mana anda boleh kurangkan.
APA PERKARA WAJIB YANG ANDA PERLU SEDIAKAN DALAM HIDUP ANDA ?
- HUTANG (bayar hutang anda)
- SIMPANAN (retirement/emergency/insvestment)
- PERLINDUNGAN TAKAFUL (ikut kesesuaian anda biasanya 10% dari pendapatan)
- DUIT IBU BAPA (ikut kemampuan)
AMALKAN FORMULA NI !
PENDAPATAN - ( hutang - simpanan - perlindungan takaful - duit ibu bapa ) = PERBELANJAAN
UNTUK JANGKA MASA PANJANG ??
Pengurangan Bajet adalah perkara yang wajib bagi anda apabila situasi yang cemas menghantui anda. Anda wajib puasakan diri anda untuk berberapa perkara. So better untuk anda buat secara gradually dan fokus untuk ubah lifestyle.
Contohla kalau anda selalu lepak cafe/mamak dengan member/kawan/sahabat/bf/gf setiap minggu anda better ubah sikit by sikit, yang mahal kurangkan, yang selalu jarangkan.
Pengurangan bajet mungkin menyakitkan anda untuk sesetengah perkara tapi untuk dapatkan keputusan yang pantas sakit tu anda kena telan. Kan ?
Sejujur-jujurnya, pengurangan bajet macamanapun anda buat pun, yang paling penting adalah disiplin dan perancangan yang bijak. Kenapa?? Sebab anda tahu apa yang anda perlu atau tidak.
Sekian..
#learningbysharing
#ilmukewangan
No comments:
Post a Comment
tanya je jangan malu....