Wednesday, 12 July 2017

CARA GUNAKAN MEDICAL CARD KETIKA KECEMASAN ATAU BUKAN


Detail Cara gunakan Kad Perubatan (Medical Card ) Takaful ketika kecemasan atau pun tidak.


Anda/AdikBeradik/Parent ada kad perubatan tapi tatahu cara nak guna dengan betul?

Takisahla kad perubatan dari syarikat mana pun tapi setiap cara, asas hampir sama.

Bila berlaku kecemasan baru nak bukak almari cari buku polisi. Masa tu baru nak kol agent. Kan susah tu.

CARA GUNAKAN KAD PERUBATAN ( Medical Card ) waktu BUKAN KECEMASAN

1) Andai anda baru lagi ada kad perubatan tengok bila habis "waiting period".


Andai dah tamat, anda boleh gunakan kad anda untuk segala penyakit kecuali "pengecualian khas" (andai ada).

2) Kalau anda kena demam dua tiga hari, sakit dekat anggota badan anda atau apa apa jenis penyakit


Yang perlukan anda untuk dapatkan rawatan di klinik. Pergi dulu ke klinik.

Ketika ini bil ini masih belum ditanggung.

3) Anda akan dirawat di klinik berdasarkan simptom yang ada.


Sekiranya selepas rawatan, simptom berlarutan dan semakin serius, pergi semula ke klinik.

Sekiranya perlu, doktor akan keluarkan surat supaya anda rujuk kes ni dekat hospital.

4) Bila Anda dah dapat surat tu kol pihak takaful dan bagi tahu. 


Insyallah proses Guarantee Later anda akan lebih cepat.

5) Anda boleh pilih nak pergi hospital sebelum atau selepas GL keluar. 


Tapi dalam kecemasan pergi lah terus

6) GL akan diproses waktu bekerja(siang), kalau kecemasan tu waktu malam? GL akan diproses keesokaan hari


Deposit ini dikenakan sekiranya anda tidak mempunyai kad perubatan takaful

Ada deposit yang anda kena bayar sebelum nak masuk ke hospital lagi lagi untuk yang takda kad perubatan

7) Tengok jugak kalau ada kad perubatan pun. Masih lagi perlukan deposit dalam 200, 300


Tapi ada sesetengah hospital tak mintak pun untuk yang ada kad perubatan ( lagilagi yang full coverage)

Anda boleh kongsikan kepada kawan atau ahli keluarga anda sendiri artikel ni supaya tak buat silap.


8) Dapat je GL, jangan fikir benda lain dah. Fikir nak sihat je. Rugi, tengah sakit still nak kena stress


Yang takdapat GL lagi, selalunya GL approved sebelum 12 pm.

9) Masalah untuk dapatkan GL hanya berlaku kalau.


A. Penyakit yang Anda kena ada dalam pengecualian polisi.

Tapi yang ambik takaful masa tengah sihat takda masalah lah.

B. Polisi anda lapsed. Anda tak bayar dah lama.

Kalau anda hilang pekerjaan bagi notis dekat PruBSN sebab ada tempoh 6 bulan diberikan masa

10) Selesai je doktor akan beri anda discharge. Bil dan surat laporan akan difax terus ke PruBSN


11) PruBSN akan review laporan dan bil, selalunya 2-4 jam. Anda boleh tunggu di wad sehingga selesai.


12) Kalau semua ok bil akan dibayar on the spot. Tanda tangan final bil dan selesai.


Deposit yang anda letak awal awal tadi akan dipulangkan semula, bergantung pelan takaful anda

Jika anda ambik full coverage deposit akan dipulangkan semula.


13) kalau anda tengok balik nombor 2 ada bil klinik yang kita bayar.


Bagi bil pada agen anda. Sign satu dua borang tuntutan anda akan diproses. Mudah kan?

14) Sebelum/Selepas Anda masuk hospital, bil klinik boleh dituntut semula.


Bagi kad perubatan PruBSN anda boleh tuntut 90 hari sebelum dan selepas admission dekat hospital

15) Bil bagi by hand boleh, untuk yang jauh by post pun boleh. 


Dari segi jarak takda masalah.

16) Selalunya akan ambik masa 2 minggu untuk uruskan. Kemudian duit akan dibank in dalam bentuk cheque ke akaun.


KES KECEMASAN MACAMANA NAK TUNTUT/CLAIM?


Contoh lah kes emergency, kemalangan jalan raya dan kena dirawat dengan cepat


1)  Straight pergi wad kecemasan hospital. Bawak kad perubatan anda. Kalau takda bagi IC.


Pakai IC pun dah boleh detect Anda ada atau tak Kad Perubatan.

2) Anda akan dirawat. Sambil tu GL akan diproses ikut Step dari number 6 kat atas tu.


3) Bila discharge pun sama macam step yang Anda baca tadi.


KONKLUSI


Takisah la sama ada Kecemasan atau Tak.

1) Anda boleh ke hospital tanpa penasihat takaful anda. Kol je pun dah boleh selesai.


Situasi bergantung ikut lokasi dan keadaan. Selalunya saya akan guide untuk GL sampai discharge.

2) Anda selalu kena pastikan bayaran anda sentiasa ok.


3) Jangan ingat Kad Perubatan merugikan bagi Anda yang ada takaful.


Anda tidak perlu risau akan bil klinik dan hospital yang akan makan gaji bulanan anda

Dan jangan risau. Anda juga ada simpanan persaraan.

Lagi awal anda ambil lagi murah dan lagi tinggi wang persaraan Anda.




No comments:

Post a Comment

tanya je jangan malu....