Baca nasihat 5 pakar kewangan ini dan selamatkan duit daripada melebur macam tu je
Tulisan ni ditulis berdasarkan blog gilahartanah
#gilahartanah
#gilahartanah
Nasihat #1: “Rajinkan diri mengaudit perbelanjaan” – Lauren Bowling
Nasihat beliau adalah habit untuk mencatat atau merekod setiap perbelanjaan memberi anda gambaran yang jelas kedudukan kewangan anda, masuk keluar duit anda.
Dengan cara ni anda boleh mengelakkan diri daripada membeli benda yamg pelik pelik.
So macamana?
Pergi kedai beli barang, isi minyak, makan kat luar dan semua perbelanjaan anda simpan resit dan rekod.
So takdalah hujung bulan pening mana duit lebur. Faham faham?
Nasihat #2: “Tumpukan perhatian menjana pendapatan tambahan” – Steve Chou.
Nak ke anda tengok duit gaji habis macam tu je ? Betul ke apa anda beli bagi positif outcome untuk future anda. Sebenarnya pilihan ditangan anda.
Mana lagi better? Duit dari pendapatan bulanan anda, anda gunakan dan habis atau... duit yang anda gunakan bagi duit balik kat anda?
Sanggup ke habiskan duit gaji (yang susah payah kita nak dapatkan) kat perkara yang tak berfaedah?
Sama ada habiskan duit atau gunakan duit buat lebih banyak duit. Mana satu yang anda rasa lebih untung?
Kalau anda ada berjaya buat simpanan anda mungkin taknak duit anda duduk diam dalam bank kena telan dengan inflasi. Dari melebur biar melabur.
Tapi sebelum nak melabur belajar dulu dari yang pakar. Sebab dalam islam pun ada cakap nak buat sesuatu biar berilmu. Boleh boleh ?
Nasihat #3: “Buat analisis tentang tabiat perbelanjaan anda” – Todd R. Tressider.
“ADAKAH PERBELANJAAN INI BERIKAN NILAI YANG BAIK UNTUK DUIT AKU?”
“ADAKAH PERBELANJAAN INI BUATKAN AKU SEMAKIN HAMPIR DENGAN MATLAMAT KEWANGAN AKU, ATAU SEBALIKNYA?”
Perasan tak dua soalan ni ada kaitan. Kaitan dia adalah kemana hala tuju duit kita dalam perbelanjaan.
Contoh mudah anda rasa anda tak mampu dapatkan perlindungan takaful tapi anda boleh belanjakan RM 5 coffee hampir setiap hari.
Anda beli coffee/snacks/kek. Ya kadang kadang takpe. Perasan tak perasan duit anda habis untuk perkara macam ni.
Jawapan untuk 2 soalan ini bakal tentukan nasib kewangan kita untuk jangka masa panjang. Ia juga akan tingkatkan kesedaran tentang cara belanjakan duit secara berhemat.
Perhatikan rentak perbelanjaan yang selalu kita buat, seperti kerap membeli kopi setiap pagi, atau belanjakan duit kat air mineral setiap kali. Padahal dua minuman ini kita boleh buat dan bawa dari rumah, dan ia jelas lebih jimat.
Todd adalah pemenang anugerah blog kewangan terbaik untuk tahun ke-5 Plutus Award.
Nasihat #4: “Buat bajet untuk simpanan dan pelaburan” – Holly dan Greg Johnson
“CARA TERBAIK UNTUK SELAMATKAN DUIT ADALAH MENGANGGAP SIMPANAN SEPERTI BIL (YANG PERLU KITA JELASKAN SETIAP AKHIR BULAN).”
Ini kata-kata keramat Holly dan Greg Johnson.
Nasihat ni jadikan simpanan sebagai watak penting dalam kitaran hidup. Kita kena jadikan simpanan sebagai paksaan.
Tips. Mungkin anda boleh pergi ke online banking anda yang mana anda boleh buat auto debit ke akaun tabung haji anda.
Atau pun anda boleh buat auto debit ke akaun anda yang lain khusus untuk simpanan.
Duit simpanan anda boleh anda gunakan untuk capai impian anda.
Kalau belanja dulu baru simpan alamat dia hmmm. Takda alamat lah.
Majoriti yang memegang konsep simpan selepas belanja, gagal menyimpan dalam jangka masa panjang.
Nasihat #5: “Konsisten ingatkan diri tentang matlamat kewangan yang nak dicapai” – Jim Wang.
Jim Wang berpengalaman menulis tentang kewangan peribadi selama 10 tahun. Jadi nasihat beliau perlu diberi perhatian.
Nasihat ni menyarankan anda untuk tetapkan matlamat kewangan anda dan fokus untuk dapatkan.
Contoh mudah anda boleh buat nota kecil yang boleh anda aware kenapa anda perlu menyimpan.
Bila anda nampak matlamat anda, anda akan lebih konsisten menyimpan. Boleh boleh?
Jika matlamat Anda tak jelas selagi tu matlamat anda susah nak capai
Konklusi
Andai kata anda sedar kepentingan menyimpan anda patut takut untuk belanja secara berlebih lebihan
Dari terus membazir, bagi peluang dekat duit kita untuk perkara yang lebih penting.
Siapa taknak hidup mewah. Tapi biarlah kena dengan cara dia. Belajar dari yang lebih berilmu. Beli ilmu takkan rugi.
No comments:
Post a Comment
tanya je jangan malu....