Monday, 12 June 2017

INGINKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL DENGAN HARGA YANG RENDAH ??

INSURANS TAKAFUL 

Perlindungan tinggi bayaran rendah ??

BAYAR HARGA RENDAH, TAPI JUMLAH PERLINDUNGAN TINGGI. ADA KE PERLINDUNGAN INSURANS TAKAFUL MACAM TU ?? APA SEBAB INSURANS TAKAFUL JADI MURAH ATAU MAHAL ??

Secara jujurnya, nak tentukan orang tu murah atau mahal memang susah. Sebab kadar bayaran setiap sorang berbeza depend on individu tu masing masing. Sumbangan or bayaran yang dikenakan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Kita tengok one by one. 


#1 – JUMLAH COVERAGE/PERLINDUNGAN


Jumlah perlindungan yang tinggi so bayaran akan tinggi.   #Mudah   Bagi pelan yang sama, kadar bayaran perlindungan sebanyak RM 1 juta mesti lebih tinggi berbanding perlindungan RM 500,000.  So, nasihat saya ambik jumlah perlindungan mengikut kesesuaian anda. Kenapa ?? sebab setiap orang berbeza dari segi harta dan pendapatan. Setuju setuju?
First jangan sampai over insured/terlebih perlindungan dan jangan pulak under insured/terkurang perlindungan. Mungkin tak efek kita tapi efek orang lain. Takisah lah ibu/ayah kita, anak or isteri sekalipun.

''Over-insured menyebabkan pembaziran, under-insured menyebabkan perlindungan yang diambil tidak mencukupi'' 

So, macamana nak tahu jumlah perlindungan paling sesuai??

Banyak cara nak kira, tapi yang senang is darabkan jumlah pendapatan tahunan anda dengan 10. Contoh la kan, jumlah pendapatan RM 40,000 setahun, maka jumlah perlindungan optima yang diperlukan adalah RM 400,000.

At least selama 10 tahun kita masih lagi mampu menampung/membantu kehidupan insan yang kita sayang tanpa pendapatan bulanan kita. FAHAM ??

#2 – JENIS RISIKO YANG DILINDUNGI

4 BASIC THINGS YANG WAJIB ANDA LINDUNGI DALAM POLISI INSURANS/TAKAFUL ANDA !
  1. KEMATIAN
  2. KELUMPUHAN
  3. SAKIT-PENYAKIT
  4. ASET/HARTA 
Betul kan? Wujudnya insurans takaful ni kenapa? Ofcoz untuk memberi perlindungan/protection kepada kita.

Jika anda plan untuk ambik perlindungan insurans takaful murah harga dia, cukup just ambik perlindungan atas risiko-risiko asas ini sahaja.

And satu lagi, kebanyakan pelan perlindungan insurans takaful turut menyediakan manfaat-manfaat tambahan yang boleh anda ambik. Contohnya, manfaat waiver of contribution,spouse contribution, khairat kematian, badal haji, simpanan dan pelaburan.

Seriously, tak salah pun anda nak ambik manfaat-manfaat tambahan ini, tapi pastikan yang betul penting dan sesuai dengan keperluan anda sahaja. Jangan berlebih-lebihan. Ingat, semakin banyak manfaat yang diambil, semakin tinggi juga bayaran yang akan dikenakan nanti. 

#3 – UMUR ANDA MASA ANDA SEDAR TAKAFUL NI PENTING


Umur memainkan peranan besar dalam menentukan jumlah bayaran perlindungan insurans takaful. Ha.. ni hypothesis yang boleh dibuat.

"SEMAKIN USIA ANDA MENINGKAT, SEMAKIN TINGGI RISIKO ANDA MENINGKAT BAGI KESIHATAN DAN KEMATIAN, SEMAKIN TINGGI BAYARAN SUMBANGAN TAKAFUL"
Oleh itu, jika nak dapatkan perlindungan insurans takaful murah, kenalah dapatkan semasa umur masih muda.
SO, UMUR BERAPA BOLEH/PATUT/KENA AMBIK PERLINDUNGAN INSURANS TAKAFUL??
YES. SEKARANG! Tapi kalau betul anda tanya, jawapannya anda perlu lihat banyak faktor. contohnya..

  • Ada tak INSAN yang terkesan andai kata KEMATIAN menemui kita ?? kalau takda takpe. Kalau ada? Faham kan?
  • Kalau anything happen yang PERLUKAN KOS BESAR menimpa anda? 
  • adakah anda mempunyai HUTANG sekarang? adakah PEMERGIAN ANDA mewujudkan HUTANG??

#4 – LEVEL/TAHAP KESIHATAN ANDA

Anda ada mengalami masalah kesihatan atau tidak (mempunyai sebarang penyakit atau tidak?? soalan normal dari agent takaful.

Kenapa soalan ni keluar?
Mudah je, sebab FAKTOR KESIHATAN sangat penting dalam menentukan sumbangan. Takaful kan SHARING RISK. Maksudnya Anda sharing risk dengan orang lain yang ambil takaful yang sama. Maksudnya??

Maksudnya.. tak fair lah kalau kondisi kesihatan anda lebih berisiko daripada orang lain. FAHAM KE FAHAM ???

Jika anda telah pun ada sebarang masalah kesihatan, harga yang dikenakan nanti boleh menjadi mahal. Sikit ke banyak ?? Wallahualam. Depend. 

Boleh jadi juga penyakit yang sedang dialami dan komplikasinya tidak akan dilindungi lagi. And.... boleh jadi jugak permohonan tidak diluluskan dan anda tak layak untuk ambik sebarang pelan perlindungan insurans takaful pun.
Oleh itu, jika nak pastikan anda mendapat pelan perlindungan insurans takaful murah dan diterima sepenuhnya, pastikan ambil perlindungan semasa sihatBOLEH ??

#5 – STATUS MEROKOK ANDA

Ok.. Pasal ni, kita simplifykan je lah, orang hisap rokok chances untuk kena sakit-penyakit and kematian lebih tinggi? Ooops, terasa? memang tu fakta. So? yang hisap rokok sebelum benda benda tu mai, better ada perlindungan. kan?

#6 – KELAS PEKERJAAN ANDA


Benda ni pun tak susah mana. Pekerjaan dikelaskan mengikut keadaan tempat, tugasan yang dilaksanakan dan aktiviti yang dilakukan yang mana semua ini akan menentukan tahap risiko atau bahaya pekerjaan tersebut.

Anda yang kerja office tu tak payah tanyalah, memang murah je, yang mahal sikit ni more tu anda yang kerja dekat tempat yang berisiko atau daily routine tu tinggi risiko dia. 


_________________________________________________________________________


Kata penutup dari saya, saya yakin dan pasti Anda faham akan kepentingan takaful untuk hidup anda serta keluarga yang anda sayangi.

SHARE info ni kepada sahabat anda di Facebook, Instagram, Twitter atau any social media yang anda ada. Setiap yang anda share mungkin memberi pertolongan yang besar kepada sahabat anda. Ribuan terima kasih saya ucapkan untuk masa anda. Salam.

HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN PELAN TAKAFUL YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA. 

SEBARANG INFO ATAU PERTANYAAN BOLEH DIAJUKAN KEPADA SAYA.

☞☞  CALL OR WHATSAPP 0183819197

☞ hanishaziqramadhan@gmail.com

Hanis Haziq Ramadhan
PruBSN Takaful Wealth Planner
Islamic Finance Practitioner