Friday, 4 August 2017

5 Kesan Laporan CCRIS Teruk

5 Kesan Laporan CCRIS Teruk 

Ramai yang dah terkesan dengan benda ni. Apa maksud sebenar Laporan CCRIS yang teruk ?

Benda ni boleh jadi disebabkan beberapa perkara. Mungkin sebab Kredit Kad, Pinjaman Perumahan atau sebagainya.

Walaupun hanya join loan dengan suami/isteri pun, boleh bagi kesan dekat Laporan CCRIS ni

So, masalah sangat ke kalau Laporan CCRIS buruk? Yaa sebab benda ni akan mess up kan life kita.


1) Bila nak buat pinjaman dengan mana mana Institusi Kewangan


Bank ada banyak cara nak tengok kredit skor kita. Salah satu cara pakai DSR.

Nisbah Khidmat Hutang (DSR) digunakan untuk membandingkan jumlah pendapatan dan jumlah baki kredit / pinjaman

Kita boleh cakap DSR ni macam benchmark yang bank guna nak tengok kemampuan kredit kita.

Secara general kan, hutang termasuk pinjaman yang kita nak mohon tu mestilah tak melebihi 70% dari pendapatan bulanan (home loan) dan 60% (car loan)

2) Bukan setakat tak boleh beli rumah, silap silap sewa pun tak boleh


Nak beli memang susah lah kalau CCRIS buruk. Tapi nak sewa pun berkemungkinan jadi susah.

Sesetengah Tuan Rumah, diorang akan buat credit check atas client diorang. So untuk elakkan benda ni, jaga CCRiS report.


3) Nak kerja pun susah


Perasan tak kalau ada sesetengah company ni kalau diorang nak hire diorang akan ambik tahu berkenaan dengan sejarah kredit kita.

Contoh macam pinjaman kita dengan mana mana institusi kewangan untuk rumah dan kereta. Walaupun sekecik student loan pun dia ambik tahu jugak.

4) Nak buat Bisnes pun kacau


Walaupun bisnes gempak pun kalau laporan CCRIS tak cantik pun susah nak buat pinjaman untuk expand atau start bisnes.

Bukan kerja je effect, business pun. So bila nak scale bisnes, takut terbantut.

5) Sumbangan bulanan yang tinggi untuk perlindungan Takaful


Ni bukan untuk takaful nyawa. Tapi ni lebih kepada takaful untuk kereta atau rumah kita.

Kenapa tinggi? Sebab kemungkinan kita nak bayar balik tu susah.

Nasihat akhir, 
Jaga laporan CCRIS, elakkan dari perkara yang boleh jatuh kredit skor dan tanya dulu yang lebih tahu sebelum buat keputusan.

Wednesday, 12 July 2017

CARA GUNAKAN MEDICAL CARD KETIKA KECEMASAN ATAU BUKAN


Detail Cara gunakan Kad Perubatan (Medical Card ) Takaful ketika kecemasan atau pun tidak.


Anda/AdikBeradik/Parent ada kad perubatan tapi tatahu cara nak guna dengan betul?

Takisahla kad perubatan dari syarikat mana pun tapi setiap cara, asas hampir sama.

Bila berlaku kecemasan baru nak bukak almari cari buku polisi. Masa tu baru nak kol agent. Kan susah tu.

CARA GUNAKAN KAD PERUBATAN ( Medical Card ) waktu BUKAN KECEMASAN

1) Andai anda baru lagi ada kad perubatan tengok bila habis "waiting period".


Andai dah tamat, anda boleh gunakan kad anda untuk segala penyakit kecuali "pengecualian khas" (andai ada).

2) Kalau anda kena demam dua tiga hari, sakit dekat anggota badan anda atau apa apa jenis penyakit


Yang perlukan anda untuk dapatkan rawatan di klinik. Pergi dulu ke klinik.

Ketika ini bil ini masih belum ditanggung.

3) Anda akan dirawat di klinik berdasarkan simptom yang ada.


Sekiranya selepas rawatan, simptom berlarutan dan semakin serius, pergi semula ke klinik.

Sekiranya perlu, doktor akan keluarkan surat supaya anda rujuk kes ni dekat hospital.

4) Bila Anda dah dapat surat tu kol pihak takaful dan bagi tahu. 


Insyallah proses Guarantee Later anda akan lebih cepat.

5) Anda boleh pilih nak pergi hospital sebelum atau selepas GL keluar. 


Tapi dalam kecemasan pergi lah terus

6) GL akan diproses waktu bekerja(siang), kalau kecemasan tu waktu malam? GL akan diproses keesokaan hari


Deposit ini dikenakan sekiranya anda tidak mempunyai kad perubatan takaful

Ada deposit yang anda kena bayar sebelum nak masuk ke hospital lagi lagi untuk yang takda kad perubatan

7) Tengok jugak kalau ada kad perubatan pun. Masih lagi perlukan deposit dalam 200, 300


Tapi ada sesetengah hospital tak mintak pun untuk yang ada kad perubatan ( lagilagi yang full coverage)

Anda boleh kongsikan kepada kawan atau ahli keluarga anda sendiri artikel ni supaya tak buat silap.


8) Dapat je GL, jangan fikir benda lain dah. Fikir nak sihat je. Rugi, tengah sakit still nak kena stress


Yang takdapat GL lagi, selalunya GL approved sebelum 12 pm.

9) Masalah untuk dapatkan GL hanya berlaku kalau.


A. Penyakit yang Anda kena ada dalam pengecualian polisi.

Tapi yang ambik takaful masa tengah sihat takda masalah lah.

B. Polisi anda lapsed. Anda tak bayar dah lama.

Kalau anda hilang pekerjaan bagi notis dekat PruBSN sebab ada tempoh 6 bulan diberikan masa

10) Selesai je doktor akan beri anda discharge. Bil dan surat laporan akan difax terus ke PruBSN


11) PruBSN akan review laporan dan bil, selalunya 2-4 jam. Anda boleh tunggu di wad sehingga selesai.


12) Kalau semua ok bil akan dibayar on the spot. Tanda tangan final bil dan selesai.


Deposit yang anda letak awal awal tadi akan dipulangkan semula, bergantung pelan takaful anda

Jika anda ambik full coverage deposit akan dipulangkan semula.


13) kalau anda tengok balik nombor 2 ada bil klinik yang kita bayar.


Bagi bil pada agen anda. Sign satu dua borang tuntutan anda akan diproses. Mudah kan?

14) Sebelum/Selepas Anda masuk hospital, bil klinik boleh dituntut semula.


Bagi kad perubatan PruBSN anda boleh tuntut 90 hari sebelum dan selepas admission dekat hospital

15) Bil bagi by hand boleh, untuk yang jauh by post pun boleh. 


Dari segi jarak takda masalah.

16) Selalunya akan ambik masa 2 minggu untuk uruskan. Kemudian duit akan dibank in dalam bentuk cheque ke akaun.


KES KECEMASAN MACAMANA NAK TUNTUT/CLAIM?


Contoh lah kes emergency, kemalangan jalan raya dan kena dirawat dengan cepat


1)  Straight pergi wad kecemasan hospital. Bawak kad perubatan anda. Kalau takda bagi IC.


Pakai IC pun dah boleh detect Anda ada atau tak Kad Perubatan.

2) Anda akan dirawat. Sambil tu GL akan diproses ikut Step dari number 6 kat atas tu.


3) Bila discharge pun sama macam step yang Anda baca tadi.


KONKLUSI


Takisah la sama ada Kecemasan atau Tak.

1) Anda boleh ke hospital tanpa penasihat takaful anda. Kol je pun dah boleh selesai.


Situasi bergantung ikut lokasi dan keadaan. Selalunya saya akan guide untuk GL sampai discharge.

2) Anda selalu kena pastikan bayaran anda sentiasa ok.


3) Jangan ingat Kad Perubatan merugikan bagi Anda yang ada takaful.


Anda tidak perlu risau akan bil klinik dan hospital yang akan makan gaji bulanan anda

Dan jangan risau. Anda juga ada simpanan persaraan.

Lagi awal anda ambil lagi murah dan lagi tinggi wang persaraan Anda.




10 SEBAB ORANG MALAYSIA TAK CUKUP DUIT



10 Sebab Utama Orang Malaysia Selalu Rasa Tak Cukup Duit


Artikel ni ditulis hasil bacaan dari tilisan Rebecca Shamasundari dari iMoney.com blog kewangan.

Anda beli coffee harga RM18 dekat kedai hipster setiap hati boleh buatkan financial goal anda terganggu.

Kalau anda buat keputusan untuk berbelanja dengan bijak harini akan tolong Anda nanti.

So, 10 sebab kenapa orang Malaysia susah sangat nak capai financial goal


1) Terpengaruh Dengan Budaya Konsumerisme


Setiap kali masuk shopping mall orang kita senang kalah dengan sales and peromotion.
Kalau Anda bukan jenis pandai mengelak sales promotion then benda ni sangat bahaya.
Macam macam jenis sales dan promotion ada kan. Memanglah rasa best dapat beli tengah murah.
Tapi habit ni bahaya kalau anda beli tapi takda keperluan. Aura shopaholic dah melekat.

2) Bila membeli fikir satu aspek sahaja - harga.


Dah jadi benda yang normal bila beli barang kita banding harga.

Kita tak tengok pun kualiti dia berbaloi ke tahan lama ke atau tak tengok pun patut or tak patut beli.

Selalu kita pergi Mcd/Starbuck dapat soalan 'nak upgrade large tak?'
Mcd/Starbuck nak upgrade memang tambah seringgit je tapi buat apa nak tambah kalau tak boleh habis.

Anda boleh beli sampai satu set produk kecantikan walaupun mula mula nak satu jenis je.

Tak salah nak upgrade air atau nak beli makeup satu set terus tapi biar bersebab bukan buat sebab.


3) Tak uruskan subscription mobile phone Anda dengan betul


Pernah tak dapat kol dari syarikat telco yang anda pakai lepas tu dia offer promotion yg Anda rasa wow?

Atau Anda dapat reward untuk beli phone dengan harga murah dalam bentuk loan?

Siapa taknak dapat perlindungan insurans/takaful yang harga rendah tapi rupanya Personal Accident je cover

Nak ambik takaful bukan macam tu cara dia. Andai anda inginkan plan takaful anda boleh terus whatsaap saya terus.

Kadangkadang Anda rasakan Anda berjaya buat keputusan yang bijak bila Anda sign up apa apa promotion.

Tapi kenyataan, ada yang tersign up kerana emosi. Contoh Anda naikkan dari 3GB kepada 8GB, tambah RM20.

Dua je kemungkinan. Satu Anda akan gunakan tambahan 5GB setiap bulan atau Anda rugi RM240 setahun.

4) Salah Cara Jimat


Anda berjaya jimat bila beli barang yang amaun kecik. Tapi cuai bila amaun yang banyak.

Contoh mudah Anda pernah tak nak elak tol tapi pilih jalan lagi jauh. Jauh gila lah.
Anda rasa selamat satu tol RM2.50. Tapi gunakan minyak lebih RM4. Tak ke rugi tu?

Atau Anda pernah tak pusing banyak kali sebab nak park luar. Tapi at last kena saman. Berbaloi ke?

5) Obses dengan Installment Plan


Mentaliti normal rakyat Malaysia define wealth seseorang dengan kemampuan bayaran installment plan.

Kadang kadang tu tak mampu tapi nak sama dengan orang lain, tu yang beli hp pakai installment plan.

Sekarang ni bukan hp je semua jenis perabot/electronoc items dan banyak lah boleh bayar bulanan.

Bahaya Bila benda ni jadi, kalau anda pakai kad kredit, terlepas bayar sekali kena 15% faedah setahun. Nak ke?

Bila dah kacau kredit kad, benda ni akan kacau laporan kredit Anda. Bila nak ambik pinjaman sakitlah.

Ingat, kad kredit bukan untuk beli benda yang tak mampu, tapi untuk mudahkan kewangan Anda

6) Kurang Ilmu Kewangan


Kajian dari Asian Institute of Finance(AIF), hanya 28% yang jawab yakin dia ada ilmu kewangan.

Takdalah nak terkejut sangat pun sebab ramai sangat orang kita masih lagi struggle dengan kos hidup.

Info dari AKPK, hampir setengah juta rakyat Malaysia terlibat dengan program yang dianjurkan AKPK

3 Fakta dari AKPK

A) hutang berjumlah RM437.4 Juta dari tahun 2006  -2016

B) 38% ada masalah pinjaman peribadi 47% struggle dengan faedah kad kredit yang tinggi

C) 70% yang membayar minimum amaun untuk kad kredit dan 45% gagal bayar on time

7) Tak buat bajet perbelanjaan


Sejujurnya berapa ramai je yang buat bajet kewangan?

Siapa je yang dah siap kira pendapatan,perbelanjaaan dan simpanan bulanan? Yang ada bagus.

Dengan adanya bajet kewangan lebih mudah untuk kita capai financial goals kita

Tanpa bajet kewangan susah untuk kita nampak duit masuk dan keluar. Tu yang duit macam air

8) Tak buat pelaburan


Ramai yang hanya letak duit dekat bank dan simpan. Bila tolak inflasi Anda rugi 2%-3% dari nilai asal

Fix Deposit pun bagus tapi kalau ambik kira inflasi jangka masa panjang Anda hanya untung satu dua peratus.


9) Ambik mudah perlindungan Takaful


Kalau tibatiba Anda sakit yang melarat. Saspek demam denggi je pun makan RM 4000.

Kalau kemalangan jalan raya memang Anda kena keluarkan amaun yang banyak untuk bil dan ubat.

50% orang Malaysia ada perlindungan Insuran/Takaful tapi 90% rupanya underinsured (kurang perlindungan)

Nak taknak duit yang Anda/keluarga keluarkan untuk bayar bil dan ubat akan kacau simpanan/kewangan Anda.

10) Bergantung hanya pada EPF untuk persaraan.


Kalau ikut EPF, 78% dari 68 Juta orang yang ada EPF tak cukup pun RM196800 untuk persaraan

Dari 78%, 65% simpan kurang dari RM50000. Cukup ke untuk persaraan.

Plan wang persaraan seawal boleh. Jangan tunggu nanti baru nak readykan. Bahaya.


5 NASIHAT PAKAR KEWANGAN


Baca nasihat 5 pakar kewangan ini dan selamatkan duit daripada melebur macam tu je

Tulisan ni ditulis berdasarkan blog gilahartanah
#gilahartanah

Nasihat #1: “Rajinkan diri mengaudit perbelanjaan” – Lauren Bowling


Nasihat beliau adalah habit untuk mencatat atau merekod setiap perbelanjaan memberi anda gambaran yang jelas kedudukan kewangan anda, masuk keluar duit anda.

Dengan cara ni anda boleh mengelakkan diri daripada membeli benda yamg pelik pelik.

So macamana?
Pergi kedai beli barang, isi minyak, makan kat luar dan semua perbelanjaan anda simpan resit dan rekod.

So takdalah hujung bulan pening mana duit lebur. Faham faham?

Nasihat #2: “Tumpukan perhatian menjana pendapatan tambahan” – Steve Chou.


Nak ke anda tengok duit gaji habis macam tu je ? Betul ke apa anda beli bagi positif outcome untuk future anda. Sebenarnya pilihan ditangan anda.

Mana lagi better? Duit dari pendapatan bulanan anda, anda gunakan dan habis atau... duit yang anda gunakan bagi duit balik kat anda?

Sanggup ke habiskan duit gaji (yang susah payah kita nak dapatkan) kat perkara yang tak berfaedah?

Sama ada habiskan duit atau gunakan duit buat lebih banyak duit. Mana satu yang anda rasa lebih untung?

Kalau anda ada berjaya buat simpanan anda mungkin taknak duit anda duduk diam dalam bank kena telan dengan inflasi. Dari melebur biar melabur.

Tapi sebelum nak melabur belajar dulu dari yang pakar. Sebab dalam islam pun ada cakap nak buat sesuatu biar berilmu. Boleh boleh ?

Nasihat #3: “Buat analisis tentang tabiat perbelanjaan anda” – Todd R. Tressider.


“ADAKAH PERBELANJAAN INI BERIKAN NILAI YANG BAIK UNTUK DUIT AKU?”

“ADAKAH PERBELANJAAN INI BUATKAN AKU SEMAKIN HAMPIR DENGAN MATLAMAT KEWANGAN AKU, ATAU SEBALIKNYA?”

Perasan tak dua soalan ni ada kaitan. Kaitan dia adalah kemana hala tuju duit kita dalam perbelanjaan.

Contoh mudah anda rasa anda tak mampu dapatkan perlindungan takaful tapi anda boleh belanjakan RM 5 coffee hampir setiap hari.

Anda beli coffee/snacks/kek. Ya kadang kadang takpe. Perasan tak perasan duit anda habis untuk perkara macam ni.

Jawapan untuk 2 soalan ini bakal tentukan nasib kewangan kita untuk jangka masa panjang. Ia juga akan tingkatkan kesedaran tentang cara belanjakan duit secara berhemat.

Perhatikan rentak perbelanjaan yang selalu kita buat, seperti kerap membeli kopi setiap pagi, atau belanjakan duit kat air mineral setiap kali. Padahal dua minuman ini kita boleh buat dan bawa dari rumah, dan ia jelas lebih jimat.

Todd adalah pemenang anugerah blog kewangan terbaik untuk tahun ke-5 Plutus Award.

Nasihat #4: “Buat bajet untuk simpanan dan pelaburan” – Holly dan Greg Johnson


“CARA TERBAIK UNTUK SELAMATKAN DUIT ADALAH MENGANGGAP SIMPANAN SEPERTI BIL (YANG PERLU KITA JELASKAN SETIAP AKHIR BULAN).”
Ini kata-kata keramat Holly dan Greg Johnson.

Nasihat ni jadikan simpanan sebagai watak penting dalam kitaran hidup. Kita kena jadikan simpanan sebagai paksaan.

Tips. Mungkin anda boleh pergi ke online banking anda yang mana anda boleh buat auto debit ke akaun tabung haji anda.

Atau pun anda boleh buat auto debit ke akaun anda yang lain khusus untuk simpanan.

Duit simpanan anda boleh anda gunakan untuk capai impian anda.
Kalau belanja dulu baru simpan alamat dia hmmm. Takda alamat lah.

Majoriti yang memegang konsep simpan selepas belanja, gagal menyimpan dalam jangka masa panjang.

Nasihat #5: “Konsisten ingatkan diri tentang matlamat kewangan yang nak dicapai” – Jim Wang.


Jim Wang berpengalaman menulis tentang kewangan peribadi selama 10 tahun. Jadi nasihat beliau perlu diberi perhatian.

Nasihat ni menyarankan anda untuk tetapkan matlamat kewangan anda dan fokus untuk dapatkan.

Contoh mudah anda boleh buat nota kecil yang boleh anda aware kenapa anda perlu menyimpan.

Bila anda nampak matlamat anda, anda akan lebih konsisten menyimpan. Boleh boleh?

Jika matlamat Anda tak jelas selagi tu matlamat anda susah nak capai

Konklusi


Andai kata anda sedar kepentingan menyimpan anda patut takut untuk belanja secara berlebih lebihan

Dari terus membazir, bagi peluang dekat duit kita untuk perkara yang lebih penting.
Siapa taknak hidup mewah. Tapi biarlah kena dengan cara dia. Belajar dari yang lebih berilmu. Beli ilmu takkan rugi.

CARA PALING BERKESAN URUSKAN HUTANG DAN WUJUDKAN SIMPANAN



Thread ni khas untuk Anda Yang Ingin Uruskan Hutang dan Wujudkan Simpanan dari Gaji Bulanan Anda
#kewangan

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN - CARA PALING BERKESAN URUSKAN HUTANG DAN WUJUDKAN SIMPANAN

"Bajet Kewangan" adalah cara yang orang selalu gunakan untuk kawal dalam perbelanjaan.
Adanya Bajet Kewangan Anda boleh track duit anda masuk dan keluar. Buat bajet so anda mudah tengok duit yang anda boleh belanja dan berapa banyak yang anda dah simpan.

Kalau anda pernah buat teknik ni anda mesti pernah try macam macam cara nak simpan duit, " simpan duit hijau lah ", " teknik snowball lah " dan lain lain.

Buat bajet untuk PASTIKAN INCOME ANDA BOLEH COVER EXPENSES DAN SAVING ANDA. Andai kata lah semua cara anda dah try, ni salah satu cara  ' Bajet Kewangan ' yang mungkin membantu.

'PENURUNAN BAJET'

Teknik penurunan bajet  ni anda kena follow satu rule. Turunkankan nilai jenis perbelanjaan yang buatkan jumlah perbelanjaan bawah daripada pendapatan. Bila buat bajet Anda perlukan Disiplin. Boleh ? 2 perkara kena ingat.

1. Anda wajib tahu dan list kan bajet anda dan jenis perbelanjaan bulanan anda.
2.  Gabungkan pemahaman anda tentang bajet anda dengan disiplin yang " gila-gila " untuk pastikan jenis perbelanjaan yang anda kurangkan berterusan.

Pening? OK macam ni.. List dekat bawah ni adalah contoh Jenis Perbelanjaan anda.

BarangRumah (RM400) + Makan Luar (RM400) Duit Parent (RM250) + Minyak (RM250) + Parking (RM200) + Perlindungan Takaful (RM350) + Utiliti Biasa (RM800) + Hiburan (RM350)       

JUMLAH - RM3,000

Let say lah pendapatan bulanan anda adalah RM 3200 maksudnya anda hampir belanjakan hampir kesemua pendapatan anda. Anda nampak baki anda hanya tinggal RM 200 untuk simpanan. 

So anda boleh buang mana yang paling tak penting dan kurangkan mana yang boleh. Anda boleh kaji semula satu persatu jenis perbelanjaan anda dan kurangkan nilai perbelanjaan anda. Contoh mudah anda lihat sendiri makan luar dah ambik nilai RM 400 sebulan. Anda boleh kurangkan ke RM 200.

Anda kena sesuaikan ikut diri anda.(yang ni penting). Anda boleh kurangkan nilai perbelanjaan mengikut jenis perbelanjaan anda dari masa ke semasa. Contoh lepas 3 bulan anda kurangkan pula anda kurangkan dari nilai utiliti. 

Sebab kadang kadang ramai yang gunakan plan Telco yang terlebih bayar. Anda hanya perlu rajin untuk kaji nilai sebenar yang anda perlukan. Tapi penurunan bajet ni sesuaikan lah dengan diri anda. Setiap orang lain lain.

Benda penting yang anda perlu ingat, anda kena disiplin selepas membuat keputusan. 

UNTUK SIAPA BENDA NI?

Bajet penting untuk orang yang :
  1. Tak pernah tahu duit masuk keluar
  2. Mempunyai hutang/pinjaman (peribadi/kredit kad/student loan)
  3. Mempunyai komitmen bulanan ( Takaful Insurans / Financing rumah/kereta)
  4. Ada plan nak beli rumah atau kereta atau pergi haji
  5. Ada plan nak invest dekat Hartanah/Saham/ASB-i/UnitTrust
Dari contoh bajet perbelanjaan tadi, kalau anda jimatkan RM 200 dari Makan Luar dan Utiliti sebanyak RM 100. Anda tambahkan dengan lebihan RM 200 yang mana jumlah lebihan yang ada adalah RM 500

Kalau Anda takda Hutang, Anda boleh buat duit ni untuk simpanan atau pelaburan.
Kita ambik contoh andai kata Anda ada hutang sebanyak RM10 000 untuk kredit kad / student loan.

Ni contoh simple..

TANPA PENGURANGAN BAJET

- JUMLAH HUTANG ------>>  (RM 5000) 
- DUIT LEBIHAN ------>>  (RM 200) 
- TEMPOH SELESAI BAYAR ------>>  (50 BULAN / 4.2 TAHUN)

SELEPAS PENGURANGAN BAJET

- JUMLAH HUTANG ------>>  (RM 10 000) 
- DUIT LEBIHAN ------>>  (RM 500) 
- TEMPOH SELESAI BAYAR ------>>  (20 BULAN / 1.8 TAHUN) 

Tanpa anda kurangkan bajet anda, anda ambil masa yang lebih lama untuk selesaikan hutang yang anda miliki.

Satu lagi, dalam contoh yang anda lihat tadi adalah untuk calculation yang mudah tanpa kira faedah
Realitinya hutang mempunyai faedah. Kalau hutang kad kredit faedah tinggi kalau Anda lambat bayar. Anda sebenarnya jimat gila andai kata anda bayar jumlah yang lebih tinggi untuk bulanan Anda

APA LAGI YANG BOLEH KURANGKAN/BUANG ??

Anda boleh adjust bajet anda mengikut persekitaran anda. Benda ni sebenarnya anda sendiri kena tingkatkan awareness dalam kehidupan anda. Contoh, anda sedar kewujudan Uber/Grab, anda boleh ambik kesempatan dengan kurangkan bajet anda untuk minyak/parking. 

Anda juga boleh kurangkan secara bergilir. Apaapa pun tengok diri sendiri. Anda tahu yang mana anda boleh kurangkan.

APA PERKARA WAJIB YANG ANDA PERLU SEDIAKAN DALAM HIDUP ANDA ?

  1. HUTANG (bayar hutang anda) 
  2. SIMPANAN (retirement/emergency/insvestment)
  3. PERLINDUNGAN TAKAFUL (ikut kesesuaian anda biasanya 10% dari pendapatan) 
  4. DUIT IBU BAPA (ikut kemampuan)

AMALKAN FORMULA NI !

PENDAPATAN - ( hutang - simpanan - perlindungan takaful - duit ibu bapa ) = PERBELANJAAN

UNTUK JANGKA MASA PANJANG ??

Pengurangan Bajet adalah perkara yang wajib bagi anda apabila situasi yang cemas menghantui anda. Anda wajib puasakan diri anda untuk berberapa perkara. So better untuk anda buat secara gradually dan fokus untuk ubah lifestyle.

Contohla kalau anda selalu lepak cafe/mamak dengan member/kawan/sahabat/bf/gf setiap minggu anda better ubah sikit by sikit, yang mahal kurangkan, yang selalu jarangkan. 

Pengurangan bajet mungkin menyakitkan anda untuk sesetengah perkara tapi untuk dapatkan keputusan yang pantas sakit tu anda kena telan. Kan ?

Sejujur-jujurnya, pengurangan bajet macamanapun anda buat pun, yang paling penting adalah disiplin dan perancangan yang bijak. Kenapa?? Sebab anda tahu apa yang anda perlu atau tidak. 
Sekian..

#learningbysharing
#ilmukewangan

Monday, 12 June 2017

INGINKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL DENGAN HARGA YANG RENDAH ??

INSURANS TAKAFUL 

Perlindungan tinggi bayaran rendah ??

BAYAR HARGA RENDAH, TAPI JUMLAH PERLINDUNGAN TINGGI. ADA KE PERLINDUNGAN INSURANS TAKAFUL MACAM TU ?? APA SEBAB INSURANS TAKAFUL JADI MURAH ATAU MAHAL ??

Secara jujurnya, nak tentukan orang tu murah atau mahal memang susah. Sebab kadar bayaran setiap sorang berbeza depend on individu tu masing masing. Sumbangan or bayaran yang dikenakan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Kita tengok one by one. 


#1 – JUMLAH COVERAGE/PERLINDUNGAN


Jumlah perlindungan yang tinggi so bayaran akan tinggi.   #Mudah   Bagi pelan yang sama, kadar bayaran perlindungan sebanyak RM 1 juta mesti lebih tinggi berbanding perlindungan RM 500,000.  So, nasihat saya ambik jumlah perlindungan mengikut kesesuaian anda. Kenapa ?? sebab setiap orang berbeza dari segi harta dan pendapatan. Setuju setuju?
First jangan sampai over insured/terlebih perlindungan dan jangan pulak under insured/terkurang perlindungan. Mungkin tak efek kita tapi efek orang lain. Takisah lah ibu/ayah kita, anak or isteri sekalipun.

''Over-insured menyebabkan pembaziran, under-insured menyebabkan perlindungan yang diambil tidak mencukupi'' 

So, macamana nak tahu jumlah perlindungan paling sesuai??

Banyak cara nak kira, tapi yang senang is darabkan jumlah pendapatan tahunan anda dengan 10. Contoh la kan, jumlah pendapatan RM 40,000 setahun, maka jumlah perlindungan optima yang diperlukan adalah RM 400,000.

At least selama 10 tahun kita masih lagi mampu menampung/membantu kehidupan insan yang kita sayang tanpa pendapatan bulanan kita. FAHAM ??

#2 – JENIS RISIKO YANG DILINDUNGI

4 BASIC THINGS YANG WAJIB ANDA LINDUNGI DALAM POLISI INSURANS/TAKAFUL ANDA !
  1. KEMATIAN
  2. KELUMPUHAN
  3. SAKIT-PENYAKIT
  4. ASET/HARTA 
Betul kan? Wujudnya insurans takaful ni kenapa? Ofcoz untuk memberi perlindungan/protection kepada kita.

Jika anda plan untuk ambik perlindungan insurans takaful murah harga dia, cukup just ambik perlindungan atas risiko-risiko asas ini sahaja.

And satu lagi, kebanyakan pelan perlindungan insurans takaful turut menyediakan manfaat-manfaat tambahan yang boleh anda ambik. Contohnya, manfaat waiver of contribution,spouse contribution, khairat kematian, badal haji, simpanan dan pelaburan.

Seriously, tak salah pun anda nak ambik manfaat-manfaat tambahan ini, tapi pastikan yang betul penting dan sesuai dengan keperluan anda sahaja. Jangan berlebih-lebihan. Ingat, semakin banyak manfaat yang diambil, semakin tinggi juga bayaran yang akan dikenakan nanti. 

#3 – UMUR ANDA MASA ANDA SEDAR TAKAFUL NI PENTING


Umur memainkan peranan besar dalam menentukan jumlah bayaran perlindungan insurans takaful. Ha.. ni hypothesis yang boleh dibuat.

"SEMAKIN USIA ANDA MENINGKAT, SEMAKIN TINGGI RISIKO ANDA MENINGKAT BAGI KESIHATAN DAN KEMATIAN, SEMAKIN TINGGI BAYARAN SUMBANGAN TAKAFUL"
Oleh itu, jika nak dapatkan perlindungan insurans takaful murah, kenalah dapatkan semasa umur masih muda.
SO, UMUR BERAPA BOLEH/PATUT/KENA AMBIK PERLINDUNGAN INSURANS TAKAFUL??
YES. SEKARANG! Tapi kalau betul anda tanya, jawapannya anda perlu lihat banyak faktor. contohnya..

  • Ada tak INSAN yang terkesan andai kata KEMATIAN menemui kita ?? kalau takda takpe. Kalau ada? Faham kan?
  • Kalau anything happen yang PERLUKAN KOS BESAR menimpa anda? 
  • adakah anda mempunyai HUTANG sekarang? adakah PEMERGIAN ANDA mewujudkan HUTANG??

#4 – LEVEL/TAHAP KESIHATAN ANDA

Anda ada mengalami masalah kesihatan atau tidak (mempunyai sebarang penyakit atau tidak?? soalan normal dari agent takaful.

Kenapa soalan ni keluar?
Mudah je, sebab FAKTOR KESIHATAN sangat penting dalam menentukan sumbangan. Takaful kan SHARING RISK. Maksudnya Anda sharing risk dengan orang lain yang ambil takaful yang sama. Maksudnya??

Maksudnya.. tak fair lah kalau kondisi kesihatan anda lebih berisiko daripada orang lain. FAHAM KE FAHAM ???

Jika anda telah pun ada sebarang masalah kesihatan, harga yang dikenakan nanti boleh menjadi mahal. Sikit ke banyak ?? Wallahualam. Depend. 

Boleh jadi juga penyakit yang sedang dialami dan komplikasinya tidak akan dilindungi lagi. And.... boleh jadi jugak permohonan tidak diluluskan dan anda tak layak untuk ambik sebarang pelan perlindungan insurans takaful pun.
Oleh itu, jika nak pastikan anda mendapat pelan perlindungan insurans takaful murah dan diterima sepenuhnya, pastikan ambil perlindungan semasa sihatBOLEH ??

#5 – STATUS MEROKOK ANDA

Ok.. Pasal ni, kita simplifykan je lah, orang hisap rokok chances untuk kena sakit-penyakit and kematian lebih tinggi? Ooops, terasa? memang tu fakta. So? yang hisap rokok sebelum benda benda tu mai, better ada perlindungan. kan?

#6 – KELAS PEKERJAAN ANDA


Benda ni pun tak susah mana. Pekerjaan dikelaskan mengikut keadaan tempat, tugasan yang dilaksanakan dan aktiviti yang dilakukan yang mana semua ini akan menentukan tahap risiko atau bahaya pekerjaan tersebut.

Anda yang kerja office tu tak payah tanyalah, memang murah je, yang mahal sikit ni more tu anda yang kerja dekat tempat yang berisiko atau daily routine tu tinggi risiko dia. 


_________________________________________________________________________


Kata penutup dari saya, saya yakin dan pasti Anda faham akan kepentingan takaful untuk hidup anda serta keluarga yang anda sayangi.

SHARE info ni kepada sahabat anda di Facebook, Instagram, Twitter atau any social media yang anda ada. Setiap yang anda share mungkin memberi pertolongan yang besar kepada sahabat anda. Ribuan terima kasih saya ucapkan untuk masa anda. Salam.

HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN PELAN TAKAFUL YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA. 

SEBARANG INFO ATAU PERTANYAAN BOLEH DIAJUKAN KEPADA SAYA.

☞☞  CALL OR WHATSAPP 0183819197

☞ hanishaziqramadhan@gmail.com

Hanis Haziq Ramadhan
PruBSN Takaful Wealth Planner
Islamic Finance Practitioner