Friday, 4 August 2017

5 Kesan Laporan CCRIS Teruk

5 Kesan Laporan CCRIS Teruk 

Ramai yang dah terkesan dengan benda ni. Apa maksud sebenar Laporan CCRIS yang teruk ?

Benda ni boleh jadi disebabkan beberapa perkara. Mungkin sebab Kredit Kad, Pinjaman Perumahan atau sebagainya.

Walaupun hanya join loan dengan suami/isteri pun, boleh bagi kesan dekat Laporan CCRIS ni

So, masalah sangat ke kalau Laporan CCRIS buruk? Yaa sebab benda ni akan mess up kan life kita.


1) Bila nak buat pinjaman dengan mana mana Institusi Kewangan


Bank ada banyak cara nak tengok kredit skor kita. Salah satu cara pakai DSR.

Nisbah Khidmat Hutang (DSR) digunakan untuk membandingkan jumlah pendapatan dan jumlah baki kredit / pinjaman

Kita boleh cakap DSR ni macam benchmark yang bank guna nak tengok kemampuan kredit kita.

Secara general kan, hutang termasuk pinjaman yang kita nak mohon tu mestilah tak melebihi 70% dari pendapatan bulanan (home loan) dan 60% (car loan)

2) Bukan setakat tak boleh beli rumah, silap silap sewa pun tak boleh


Nak beli memang susah lah kalau CCRIS buruk. Tapi nak sewa pun berkemungkinan jadi susah.

Sesetengah Tuan Rumah, diorang akan buat credit check atas client diorang. So untuk elakkan benda ni, jaga CCRiS report.


3) Nak kerja pun susah


Perasan tak kalau ada sesetengah company ni kalau diorang nak hire diorang akan ambik tahu berkenaan dengan sejarah kredit kita.

Contoh macam pinjaman kita dengan mana mana institusi kewangan untuk rumah dan kereta. Walaupun sekecik student loan pun dia ambik tahu jugak.

4) Nak buat Bisnes pun kacau


Walaupun bisnes gempak pun kalau laporan CCRIS tak cantik pun susah nak buat pinjaman untuk expand atau start bisnes.

Bukan kerja je effect, business pun. So bila nak scale bisnes, takut terbantut.

5) Sumbangan bulanan yang tinggi untuk perlindungan Takaful


Ni bukan untuk takaful nyawa. Tapi ni lebih kepada takaful untuk kereta atau rumah kita.

Kenapa tinggi? Sebab kemungkinan kita nak bayar balik tu susah.

Nasihat akhir, 
Jaga laporan CCRIS, elakkan dari perkara yang boleh jatuh kredit skor dan tanya dulu yang lebih tahu sebelum buat keputusan.